Thursday, June 4, 2015


SEJARAH SK SUNGAI JERNEH

                 Pendidikan awal murid di kampung ini bermula di sekolah-sekolah berhampiran khasnya di Kampung Sungai Siput dan menyambung persekolahan Di Kampung Ramuan China Kechil ketika naik darjah 7.  Oleh kerana jauh dan keadaan jalan ketika itu amat menyedihkan, maka ramailah yang tidak bersekolah terutamanya kanak-kanak perempuan.
            Dengan kesedaran inilah penduduk kampung ini telah mengembeling tenaga dan membuat persetujuan mendirikan sekolah secara  bergotong- royong.  Bangunan sekolah ini mula digunakan pada 3 Mac 1952 dengan keramaian murid seramai 51 orang.  Tanah tapak   sekolah ini pada asalnya didirikan kira-kira satu kilometer dari tapak sekolah yang ada sekarang.
            Kemudahan-kemudahan fizikal sekolah ini ditambah dari semasa ke semasa. Sebuah rumah guru telah didirikan pada tahun 1963.  Pada tahun 1966 pula, sebuah padang disediakan, diikuti pada tahun 1976, sebuah bangunan dua tingkat yang mengandungi 3 bilik darjah, tandas dan pejabat didirikan, manakala bangunan kantin dan pagar dibina pada tahun 1982.





 PROGRAM KEM MEMBACA 1 MALAYSIA          
SK SUNGAI JERNEH
DIRASMIKAN OLEH :
TUAN HAJI RAZALI BIN CHE MAT
KETUA BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA